Cerita Seram: Sihir Stail Ratu Ilmu Hitam
Pukau mesti menjadi perkataan yang pertama terlintas dalam fikiran bila cerita tentang sihir atau ilmu hitam ini, kan? Sebenarnya, banyak lagi jenis-jenis sihir yang agak terkenal selain daripada pukau. Cuba baca beberapa sihir yang tersenarai di bawah ini. Sebahagian daripadanya ada digunakan dalam cerita seram Ratu Ilmu Hitam tau!
Kredit gambar: GSC Movies
Antara jenis sihir yang terkenal:-
- Sihir pemisah
Seperti namanya, sihir ini akan menyebabkan perpisahan tidak kira antara pasangan berkahwin, bertunang mahupun di antara dua orang kawan.
- Sihir penunduk
Bila seseorang terkena sihir ini, dia akan dipenuhi dengan nafsu percintaan yang terlampau sehinggakan dia seakan-akan menjadi “buta” terhadap pasangannya.
- Sihir pendarahan
Hanya berlaku kepada wanita. Dikatakan jin yang dihantar akan menolak darah-darah mangsa melalui alat sulitnya. Darah yang keluar bukanlah darah haid, tetapi ‘darah urat’.
- Sihir histeria
Cerita seram yang paling terkenal di sekolah-sekolah berasrama di mana mangsa akan meracau-racau seperti diganggu sesuatu dan ia boleh menyebabkan orang sekeliling meracau bersama.
- Pukau
Akan menyebabkan seseorang itu berada di bawah kawalan penyihir dan tidak mampu bertindak balas.
- Santau
Biasanya penyihir akan menggunakan bahan-bahan miang ataupun bisa dari lipan bara, ular atau sebagainya untuk membuatkan mangsa gatal-gatal, batuk berdarah dan miang seluruh badan.
Apa kesan kalau terkena sihir-sihir di atas?
Banyak cerita seram telah tunjukkan kesan-kesan disihir dan setiap sihir mempunyai kesan yang berbeza. Jika dipukau, mangsa tidak akan sedar akan tindakannya dan penyihir boleh melakukan apa sahaja yang dia inginkan. Nak tengok contoh orang dipukau? Boleh tonton cerita seram Ratu Ilmu Hitam nanti!
Kredit gambar: GSC Movies
Kalau terkena santau pula, badan mangsa akan terasa miang atau gatal-gatal terutama menjelang senja seperti ada ulat di dalam badan macam cerita seram Ratu Ilmu Hitam. Bukan itu sahaja, mereka juga akan batuk berdarah serta kulit membengkak dan pecah yang berair disertai dengan bisa. Jika santau itu telah mencapai tahap kritikal, kulit mangsa akan kelihatan biru atau hitam!
Kredit gambar: GSC Movies
Banyak lagi kesan-kesan sihir yang ekstrem seperti mencederakan diri hinggalah sampai boleh membunuh si mangsa. Seperti contoh dalam cerita seram Ratu Ilmu Hitam, mangsa terpaksa hentak-hentak kepalanya sehingga pecah!
Kredit gambar: GSC Movies
Teringin nak tengok lebih banyak kesan sihir yang boleh membuatkan anda ketap gigi, rasa geli-geleman dan tak boleh tidur malam? Cerita seram Ratu Ilmu Hitam ada segalanya!
Kredit gambar: GSC Movies
Jika anda masih belum menonton treler filem Ratu Ilmu Hitam, saksikannya dahulu dan jangan lepaskan peluang untuk menonton cerita seram terbaru ini di pawagam berdekatan anda bermula 2 Jan 2020!
GSC Movies membawa anda ke alam sinematik yang memukau dengan filem terbaru tempatan dan luar negara pelbagai genre termasuk cerita seram!
Ikuti kami di Facebook, Instagram dan YouTube untuk menonton treler-treler filem terkini dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem:
Facebook page: https://www.facebook.com/gscmovies/
Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/
YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured