Hairul Azreen dalam Paskal dan Wira: Sama atau berbeza?
Selepas Paskal The Movie mula ditayangkan pada tahun lepas, ramai yang ingin menjadi macam watak Hairul Azreen kerana dia nampak kuat, hebat dan berani. Malah ada juga yang betul-betul ingin menjadi anggota Paskal! Kini, filem aksi baharu iaitu Wira pula bakal ditayangkan. Sudah tentu ramai juga akan berangan-angan untuk menjadi seorang wira selepas menonton. Kedua-dua filem aksi ini mempunyai pelbagai persamaan dan juga perbezaan terhadap watak utamanya, Hairul Azreen, dalam beberapa aspek.
Kredit gambar: GSC Movies
Apa yang sama?
Dari segi penampilan, Hairul Azreen mesti ‘buat badan’, bermisai dan juga berkulilt gelap. Paskal memerlukan badan yang sasa manakala Wira memerlukan badan yang sedikit lean jadi Hairul telah mengambil beberapa bulan untuk mendapatkan badan sepeti yang dikehendaki pengarah, Adrian Teh kerana the best never rest!
Kredit gambar: Facebook Hairul Azreen
Macam biasa, dah jaga badan, kena lah jaga makan. Bukan senang nak jadi Paskal atau Wira ini. Hairul Azreen kena diet juga! Kata Adrian Teh, setiap kali penggambaran, makanan akan disediakan, dan makanan untuk Hairul dan juga pelakon-pelakon lain dikawal oleh produksi! Menu yang diberikan pun adalah menu yang sihat.
Kredit gambar: Instagram Hairul Azreen
Badan dah sasa, makanan dah terjaga, kali ini jiwa pula kena main peranan. Untuk membawa watak dalam Paskal dan Wira, Hairul Azreen tidak boleh takut dengan kecederaan! Walaupun Hairul hanya berlakon, dia masih tidak boleh lari dengan kecederaan sebenar. Hairul telah mengalami pelbagai kecederaan semasa proses penggambaran seperti patah tangan, ligamen kaki terkoyak, patah jari dan macam-macam lagi! Sampaikan isterinya, Hanis Zalikha pun sudah tidak terkejut kalau Hairul balik rumah dalam keadaan patah tulang.
Kredit gambar: mStar
Apa yang beza?
Nampak macam banyak yang sama tapi sebenarnya besar juga perbezaannya. Yang paling terserlah adalah tentera ataupun tidak. Hairul Azreen perlu berpakaian dan berkelakuan seperti tentera dalam Paskal kerana wataknya adalah seorang Leftenan. Tetapi dalam Wira, Hairul tidak perlu mengikut protokol tentera walaupun wataknya adalah bekas tentera kerana dia sudah tidak berada dalam dunia ketenteraan. Tak pakai baju pun takpe!
Kredit gambar: GSC Movies
Selain itu, Paskal membawa tema persahabatan manakala Wira membawa tema kekeluargaan. Walaupun kedua-duanya adalah filem aksi yang melibatkan pertarungan dan pergaduhan, mesej dalam filem Paskal dan filem Wira ini berlainan tetapi masih boleh berkait dengan ramai penontonnya!
Kredit gambar: GSC Movies
Banyak lagi persamaan dan perbezaan Hairul Azreen dalam Paskal dan Wira ini yang anda boleh tangkap setelah menonton Wira yang bakal ditayangkan 21 November nanti.
Kredit gambar: GSC Movies
Sebelum itu, anda juga boleh mengetahui maklumat lanjut mengenai #WIRA2019 dan melihat gambar-gambar penggambarannya di laman Instagram rasmi filem WIRA.
https://www.instagram.com/WIRA_2019/
Kalau anda ingin menjadi seorang wira seperti Hairul Azreen, pastinya filem aksi WIRA akan menjadi rujukan buat anda sambil membuat anda berdebar, cemas dan berpeluh ketika menonton! Sementara itu, jom saksikan video treler WIRA 2019!
GSC Movies membawa anda ke alam sinematik yang memukau dengan filem terbaru tempatan dan luar negara pelbagai genre termasuk filem aksi!
Ikuti kami di Facebook, Instagram dan YouTube untuk menonton treler-treler filem terkini dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem:
Facebook page: https://www.facebook.com/gscmovies/
Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/
YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured