• IBU| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • LEMBAYUNG| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • Haunting Call
  • Home Sweet Loan
  • the quintessential quintuplets
  • GSCM ORI| GSC Movies | Films Distributors |Malaysia
  • Reversi

Pilih Wira korang sempena merdeka!

 

Hari Merdeka yang ke-62 dah nak dekat dah! Hashtag-hashtag macam #SayangiMalaysiaku , #KibarJalurGemilang , #MalaysiaBersih dan #KemakmuranBersama dah ada merata-rata kat laman sosial. McDonald’s pun dah tukar jadi “Mekdi” sempena merdeka. Bukan tu je, Hairul Azreen pun kata nak merdeka dari sesuatu?! Banyak betul peristiwa menarik!

 

Tapi sebenarnya kan, jauh sebelum Malaysia merdeka, dari abad ke-19 lagi dah ada peristiwa-peristiwa menarik yang dapat menaikkan semangat patriotik hasil daripada perjuangan wira-wira dahulu. Salah satu wira tersebut adalah Dato Maharaja Lela yang membunuh J.W.W. Birch dari British.

 

 Dato Maharaja Lela

 

Pilih Wira korang sempena merdeka! | GSC Movies
 

Kredit gambar: intelekblogirls @ WordPress

 

Kalau sekarang kita dijajah dengan filem dari United Kingdom seperti Harry Potter dan juga baru-baru ini 47 Meters Down: Uncaged, pada zaman dulu kita pernah dijajah oleh orang-orang mereka secara harfiahnya. Pada tahun 1875, penjajah bernama J.W.W. Birch, Residen British yang pertama di Perak telah mengubah sistem cukai negeri itu dan tidak menghormati adat resam orang Melayu. Hal tersebut telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak. Antaranya adalah Dato Maharaja Lela yang telah membuat keputusan untuk membunuh J.W.W. Birch untuk merdeka daripada penguasaannya. Setelah berjaya membunuh J.W.W Birch, wira ini dijatuhkan hukuman gantung di atas perbuatannya. Walaupun Dato Maharaja Lela telah menerima hukumannya, rakyat di negeri Perak ketika itu sangat menyanjungi perjuangan beliau.

 

Tok Janggut

 

Pilih Wira korang sempena merdeka! | GSC Movies

 

Kredit gambar: Abu Nuha Corner (WordPress)

 

Hal yang sama terjadi kepada wira kita di Kelantan pada tahun 1915. Tok Janggut, atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas, berjuang untuk menentang sistem cukai baharu yang dikuasai oleh British. Sistem cukai yang tidak masuk akal seperti cukai pokok kelapa yang berbuah, cukai pokok pinang, cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau telah membuatkan ramai rakyat Kelantan memberontak. Oleh kerana Tok Janggut menjadi ketua perjuangan yang ramai pengikut, British telah bertindak dengan membunuh Tok Janggut dan berarak di sekitar Pasir Puteh dengan mayatnya yang digantung secara sonsang. Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi yang belum merdeka itu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa wira itu masih kekal disanjung sehingga kini.

 

Haji Abdul Rahman Limbong

 

Pilih Wira korang sempena merdeka! | GSC Movies

 

Kredit gambar: Perjuangan Haji Abdul Rahman LImbong (Blogspot)

 

Isu sistem cukai baharu dan pemerintahan British bukan sahaja hangat di Perak dan Kelantan, malah di negeri-negeri lain juga menghadapi masalah yang sama! Haji Abdul Rahman Limbong ini adalah salah seorang wira yang memperjuangkan nasib rakyat Tanah Melayu di Terengganu yang ingin merdeka daripada pihak British. Kejadian yang sama berlaku iaitu pihak British memperkenalkan sistem cukai baharu yang hanya memberi keuntungan kepada mereka dan menyusahkan petani-petani miskin yang sedia ada di bumi Terengganu. Haji Abdul Rahman Limbong berhujah di mahkamah dan menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor dan bukannya hak negeri (campur tangan pihak British). Walau bagaimanapun, wira ini dan pengikutnya dilabel sebagai penderhaka kepada kerajaan Terengganu. Akhirnya Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Beliau meninggal dunia di Mekah setahun kemudian. Perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong untuk ke arah merdeka tidak tercapai namun kepercayaan beliau telah disebarkan dan diteruskan di Terengganu.

 

Bukan tiga orang sahaja, tetapi ada ramai wira-wira zaman dahulu yang berkorban untuk merdeka daripada penjajah-penjajah. Di antaranya adalah Mat Kilau, Dato Bahaman, Dol Said, Rentap, Leftenan Adnan dan ramai lagi. Atas hasil pengorbanan setiap wira yang terlibatlah kita dapat merasai hari kemerdekaan pada zaman ini.

 

Selain daripada wira-wira negara yang memperjuangkan kemerdekaan, kita juga mempunyai wira dalam dunia filem. Bukan wira tanah air je yang nak merdeka, pelakon WIRA pun nak jugak! Hairul Azreen, pelakon utama filem WIRA akan memainkan karakter yang ingin merdeka daripada genggaman Raja. Walaupun skala perjuangan Hairul Azreen sebagai wira ini tidak melibatkan negara, bangsa dan agama, tetapi merdeka dari diri sendiri dan pihak lawan juga dikira sebagai perjuangan yang besar!

 

Pilih Wira korang sempena merdeka! | GSC Movies

 

Kredit gambar: GSC Movies

 

 

Anda juga boleh mengetahui maklumat lanjut mengenai #WIRA2019 dan melihat gambar-gambar penggambarannya di laman Instagram rasmi filem WIRA.

 

https://www.instagram.com/WIRA_2019/

 

Selain daripada dapat merasakan perjuangan ke arah merdeka dari pihak lawan, pastinya filem aksi WIRA juga akan membuat anda berdebar, cemas dan berpeluh ketika menonton! Sementara itu, jom saksikan video teaser WIRA 2019!

 

GSC Movies membawa anda ke alam sinematik yang memukau dengan filem terbaru tempatan dan luar negara pelbagai genre termasuk filem aksi!

Ikuti kami di Facebook, Instagram dan YouTube untuk menonton treler-treler filem terkini dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem:

 

f-ogo_RGB_HEX-58 Facebook page: https://www.facebook.com/gscmovies/

Untitled-1 Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/

youtube_social_icon_red YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured

 

JADI, WIRA MANA PILIHAN ANDA?