‘Takut Ke Tak’ Ajar Cara Nak Atasi Segala Moment Cliché Dalam Filem Seram!
“Sempena Merdeka tahun ni, anda kena pergi shoot filem seram kat rumah hantu!”
Haa, takut ke tak kalau tiba-tiba pensyarah suruh buat macam tu? Tapi, tunggu kejap. Siapa yang kena pergi shoot?
Mempersembahkan, 5 orang murid yang selalu menjadi target pensyarah! Dibintangi Nabil Aqil, Ika Nabella, Arwind Kumar, Fabian Loo dan juga Han Zalini.
Geng ‘Takut Ke Tak’ sedang survey lokasi rumah hantu.
Kredit gambar: GSC Movies
Filem ‘Takut Ke Tak’ ini mengisahkan tentang 5 murid jurusan filem berbilang bangsa yang secara tidak sengaja telah dikumpulkan sekali untuk satu projek graduasi mereka.
Apa yang mereka perlu lakukan untuk tambat balik hati pensyarah filem mereka? Jawapannya adalah dengan mencabar diri merakam filem seram di rumah hantu!
Tak salah kalau nyanyi lagu Negaraku dulu sebelum masuk rumah hantu.
Kredit gambar: GSC Movies
Tapi, agak tak ‘original’ kalau nak rakam filem seram semata-mata. Jadi, geng ini membuat keputusan untuk membuat filem seram tanpa sebarang moment cliché yang sering ditunjukkan dalam wayang. Tanpa mereka duga, SEGALA MOMENT CLICHÉ DALAM FILEM SERAM BERLAKU KEPADA MEREKA SEPANJANG PERFILEMAN!
@gscmoviesmyJom tgk geng ##TakutKeTak lwn segala moment2 cliche kt pawagam bermula 27 Ogos! ##GSCMovies
Kononnya nak shoot filem seram tanpa moment cliché….. tapi…..
Kredit: GSC Movies
Nak tahu filem ini berbaloi untuk tonton atau tidak sempena Merdeka 2020 nanti?
Sebenarnya, kalau anda scroll mana-mana laman sosial, anda boleh jumpa banyak review baik yang telah diberikan oleh golongan yang pertama menonton filem seram bercampur komedi ‘Takut Ke Tak’ ini pada malam tayangan perdananya, 18 Ogos lalu. Antaranya adalah:-
“Gelak tak kering gusi sampai kecoh satu hall”, Sara Jasmin.
“Kena tengok sebab banyak gila plot twist!”, Saufi Ramli.
“Kelakar, seram and you guys should watch it”, Khareez Kasbullah.
Cuba tengok video tayangan perdana ini. Takut ke tak?
Memang tak rugi kalau anda semua nak enjoy filem seram ini sambil bergelak ketawa sempena Merdeka. Kalau anda nak cuba menangi iPhone 11 Pro atau wang tunai RM500 pula, anda boleh join #TakutKeTakDance di TikTok!
@gscmoviesmy
Dance mcm @onlynicksyaf @ishanorsham @samiarash ni kalau korang nk menang iPhone 11 Pro atau RM500! Cek details kt hashtag ##TakutKeTakDance k
‘Takut Ke Tak’ akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 27 Ogos 2020. Kalau belum tengok, jom saksikan dulu treler filem ini!
GSC Movies membawa anda ke alam sinematik yang memukau dengan dengan filem terbaru dari dalam dan luar negara pelbagai genre termasuk filem seram dan komedi!
Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok untuk menonton treler-treler filem terkini dan sentiasa menjadi yang pertama mendapat berita tentang filem:
Facebook page: https://www.facebook.com/gscmovies/
Instagram page: https://www.instagram.com/gscmovies/
YouTube page: https://www.youtube.com/user/ilovegscmovies/featured